Wednesday, 29 August 2012

SEMINAR TEKNOLOGI MAKLUMAT

 Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Alaf Baharu: Penggarapan Pengetahuan Kandungan Pedagogi [Pedagogical Content Knowledge (PCK)] dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta Penggunaan Tapak Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.



                                                                          Oleh:

                                                               Lokman Abd Wahid
                                                                  Jabatan Bahasa,
                                                  Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia,
                                                      Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur.
                                                          lokmanibmm@yahoo.co.uk



                                                                       Jun 2008
                                                                   Kuala Lumpur







Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan dimensi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta penggarapannya melalui pengajaran dalam talian, luar talian, penggunaan tapak pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Strategi ini dikaitkan pula dengan Pengetahuan Kandungan Pedagogi yang mementingkan strategi pengajaran terbaik untuk mencapai objektif pengajaran guru di bilik darjah. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melibatkan keempat-empat mod iaitu mod tutorial, mod aplikasi, mod penerokaan, dan akhir sekali mod komunikasi yang dapat membantu pencapaian hasil pembelajaran Bahasa Melayu iaitu mendengar-bertutur, membaca, dan menulis. Selain pengajaran luar talian dan dalam talian, kertas kerja ini juga melihat penggunaan Tapak Pembelajaran (TP) dan Pakej Tutorial Pembelajaran (PTP). Penggunaan TP dan PTP dapat membantu memfokuskan murid terhadap apa yang mereka pelajari. Di samping keempat-empat mod TMK yang murid alami semasa sesi pembelajaran, pelestarian elemen teks, audio, video, dan grafik akan tambah menjadikan murid lebih komited dan berminat terhadap apa yang mereka pelajari.

















Pendahuluan

Dimensi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, termasuklah Bahasa Melayu melibatkan penggunaan teknologi baharu yang dikaitkan secara langsung dengan penggunaan perkakasan komputer dan teknologi maklumat komunikasi (Angela, Chambers dan Graham Davis, 2001: 14). Penggunaan TMK dalam bilik darjah dapat menggabungkan elemen keseronokan, di samping mencambahkan konstruktivisme dalam pembelajaran. Pembelajaran bahasa akan menjadi lebih realistik, kontekstual, bermakna, dan bermartabat. Amalan menggunakan papan tulis dan praktis kontemporari yang mementingkan aktiviti murid di dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan digantikan dengan keseronokan murid menggunakan perisian komputer seperti alat pengarangan, alat persembahan, malah mencipta laman web pembelajaran mereka sendiri.

Integrasi TMK Pengetahuan Kandungan Pedagogi [PKP(PCK)] merujuk kepada pemilihan dan pelaksanaan strategi pengajaran yang terbaik untuk disesuaikan dengan isi kandungan atau objektif pengajaran di bilik darjah. Pemilihan strategi yang bijaksana oleh guru yang disesusaikan dengan domain murid akan menjadikan pengajaran dan pengalaman pembelajaran murid menjadi lebih berfaedah dan secara tidak langsung, dapat mengangkat mutu dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Perbahasan tentang tentang cara yang terbaik untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran di bilik darjah merupakan suatu polimik yang tiada penghujungnya. Banyak teori pedagogi yang telah dikemukakan dan setiap satu daripadanya bertujuan untuk mencari praktis terbaik yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah. Shulman (Bennett, 1993, 7) menggariskan tujuh asas keperluan yang perlu ada pada seseorang guru iaitu: (i) pengetahuan isi kandungan mata pelajaran, (ii) pengetahuan pedagogi am, (iii) pengetahuan tentang kurikulum, (iv) pedagogi pengetahuan kandungan, (v) pengetahuan tentang murid dan ciri murid, (vi) mengaitkan isi kandungan dengan konteks, dan (vii) pengetahuan tentang matlamat pendidikan, keperluan dan nilai, dan latar belakang pembentukan sesuatu sistem pendidikan.

Teacher Vision (2000-2008) contohnya membariskan yang berikut sebagai cara yang boleh digunakan dalam penyampaian pengajaran di bilik darjah iaitu syarahan, membaca, persembahan audio-visual, demonstrasi, pemerhatian, lawatan ke lapangan, round robin, temu bual, sumbang saran, imaginasi mental, membuat sintesis, perbincangan kumpulan kecil, uji kaji, organiser grafik, aktiviti menyelesaikan masalah, sesi buzz, lakonan, belajar sendiri, membuat rumusan, main peranan, meniru gaya, simulasi, projek, dan inkuiri reflektif. Collins (1996) mengatakan bahawa untuk menjadi guru contoh, seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan profesional (seperti isi kandungan mata pelajaran, kurikulum, pengetahuan pedagogi), pengetahuan intepersonal (seperti hubungan sihat dengan murid, masyarakat pendidikan, dan masyarakat setempat) dan intrapersonal (seperti kepercayaan, etika, dan disposisi).

Jadi, kenapa Pengetahuan Kandungan Pedagogi atau juga diterjemahkan sebagai atau Pedagogi Isi Kandungan? Jawapannya adalah untuk mencari kepelbagaian stratefi pengajaran yang boleh dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi mencapai hasil dan objektif pembelajaran yang dihasratkan.

Takrifan

Pengajaran Kandungan Pedagogi diperkenalkan oleh Schulman (1986) dan dikembangkan melalui projek The Knowledge Growth in Teaching untuk melihat proses pengajaran dan pembelajran. Projek ini melihat bagaimana guru permulaan memperolehi pemahaman baru daripada pengajaran mereka, dan bagaimana pengalaman baru itu mempengaruhi pengajaran mereka yang setersunya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Kandungan Pedagogi sebagai pencernaan pengalaman hasil gabungan sintesis tiga taksonomi iaitu pengetahuan tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajar, pengetahuan pedagogi, dan pengetahuan kontekstual. Geddis (1993) menyatakan bahasa Pengetahuan Kandungan Pedagogi pada asasnya mencari cara yang terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan (Shulman, 1987: 9). Menurut Schulman (1987: 8) Pengetahuan Kandungan Pedagogi merupakan cara terbaik untuk mengajar dengan mencari strategi yang sesuai dengan keperluan dan minat murid (ibid: 15)

Takrifan yang sama diberikan oleh Cochran, King, dan DeRuiter (1991) yang mengatakan bahawa Pengetahuan Kandungan Pedagogi ialah proses pengajaran yang mementingkan strategi bagi guru untuk menyampaikan pengajaran yang bersesuaian dengan konteks sekolah. Dalam konteks ini, guru perlu mementingkan aktiviti untuk menarik minat murid dan dalam keadaan yang perlu, aktiviti yang digunakan adalah pelbagai dalam satu waktu pengajaran yang tertentu (ibid: 1). Pengetahuan Kandungan Pedagogi melibatkan empat komponen iaitu pengetahuan tentang isi kandungan pengajaran, pengetahuan tentang murid, pengetahuan tentang keperluan persekitaran murid, dan pengetahuan pedagogi (Krathwohl et al: 1964). Chen & Ennis, 1995; Cochran, DeReuter, & King, 1993; Grenfell, 1998; Johnston & Goettsch, 2000), telah menyimpulkan pendapat Shulman (1987: 15) dan mentakrifkan Pengetahuan Kandungan Pedagogi sebagai kebolehan guru menggunakan cara terbaik untuk menyampaikan pengajaran berdasarkan sifat isi kandungan dan keadaan murid.

Dalam konteks rangka teori Schulman, guru perlu menguasai dua jenis pengetahuan iaitu (i) pengetahuan isi kandungan yang juga dikenali sebagai pengetahuan dalam tentang sesuatu subjek itu dan (ii) pegetahuan tentang kurikulum. Pengetahuan kandungan melibatkan struktur pengetahuan, teori, prinsip, dan konsep sesuatu bidang ilmu. Yang paling mustahak dalam konteks yang pertama ini ialah proses pengajaran dan cara terbaik untuk mengajarkan sesuatu topik kepada murid. Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu, guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang pedagogi am, dan pedagogi yang mengkhususkan pengajaran Bahasa Melayu (Grossman, dalam Ornstein, Thomas, & Lasley, 2000: 508).

Untuk mengajar dengan berkesan dan memenuhi keperluan tahap pendidikan yang tinggi, guru perlu benar-benar mengetahui isi kandungan dan menguasai pengetahuan akademik subjek yang hendak diajarnya. Sebagai guru Bahasa Melayu misalnya, guru perlu mempunyai asas kebahasaan yang kukuh dan sentiasa mempertingkat ilmu wajarannya ke peringkat yang tinggi walaupun murid yang hendak diajarnya itu terdiri daripada murid sekolah rendah. Guru perlu menjadi seorang yang pakar dan benar-benar mengetahui akan bidangnya dan bukannya sekadar memberikan alasan mengikut tradisi kebiasaan penggunaan bahasa seperti yang kandang-kadang diberikan oleh guru. Asas yang sebegini menjadi perkara yang dasar yang perlu dipunyai oleh guru dalam melaksanakan langkah pengajaran berdasarkan Pedagogi Pengetahuan Kandungan.

Pelaksanaan Integrasi Pedagogi Kandungan Pengetahuan dan TMK Pembelajaran Dalam dan Luar Talian Serta Penggunaan Tapak Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran.

Integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memerlukan beberapa syarat seperti (i) kesediaan dan kebolehan guru mengendalikan perkakasan TMK, (ii) literasi TMK dalam kalangan murid, (iii) aspek perbekalan perkakasan serta sambungan internet yang mencukupi di sekolah, (iv) kesediaan pihak sekolah, dan (v) akhir sekali kesediaan ibu bapa. Dalam kontak perlaksanaannya di sekolah, penggunaan makmal komputer bagi mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu. Peruntukan yang sebegini akan memastikan pihak sekolah, pihak guru, serta pihak murid lebih bersedia dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian: Pengetahuan Kandungan Pedagogi Berasaskan Minat Murid Dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.

Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet. Sifat yang sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.

Alamat Internet
Biskut
http://resepi.mesra.net/Biskut/

Bubur
http://resepi.mesra.net/Bubur/

Makanan Ringan
http://resepi.mesra.net/Makanan_Ringan/

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam
http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html




Katalog Alamat Internet

Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.


Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.


Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm

Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

Tajuk
Pakaian Tradisional
URL
http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg

Sinopsis
Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia


Tajuk
Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm

Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.

Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:

· Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
· Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
· Minta murid melayari laman web yang disediakan
· Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
· Guru membuat kesimpulan.

Penggarapan Pembelajaran Dalam Talian dan Luar Talian Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Isi
Strategi
Catatan

Set induksi (5 minit)


Langkah 1 (15 minit)
L1 A1. Perbincangan guru dengan murid
L2 A2. www.dalamtalian.com
L3A3. Pembentangan hasil kerja
PO1. Pencapaian objektif 1.


Langkah 2 (20 minit)
L2 A1. Perbincangan guru dengan murid
L2A2. www.dalamtalian.com
L2A3. Pembentangan hasil kerja
PO2. Pencapaian objektif 2


Langkah 3 (15 minit)
L3A1. Perbincangan guru dengan murid.
L3A2. www.dalamtalian.com
L3A3. Pembentangan hasil kerja
PO3. Pencapaian objektif 3.


Penutup (5 minit)
Kognitif:
Sosial:


Tapak Pembelajaran dan Laman Web Pembelajaran
Tapak Pembelajaran dan Laman Web Pembelajaran merupakan salah satu daripada cara untuk melaksanakan langkah pengajaran Pedagogi Kandungan Pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Prasyarat utama yang perlu ada pada guru ialah pengetahuan dan kebolehan menggunakan perisian elektronik Power Point dan Publisher bagi membina laman web. Prasyarat kedua ialah murid juga perlu tahu mengoperasikan perkakasan komputer sama ada dalam mod tutorial, aplikasi, komunikasi ataupun penerokaan. Dalam kedua-dua konteks yang telah disebutkan, pengajaran boleh dilaksanakan sama ada secara luar talian dan dalam talian.

Penggunaan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Pembelajaran dapat memisahkan murid daripada gangguan lain dan menjadikan mereka lebih memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran guru. Dalam mengalami mod pembelajaran seperti yang telah disebutkan, murid berinteraksi dengan bahan sama ada dalam bentuk elemen grafik, audio, atau teks. Murid diharapkan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan untuk mencapai hasil pembelajaran telah guru tetapkan.
Model Pemprosesan Maklumat
Untuk memulakan proses penggunaan TMK dalam pengajaran berlandaskan Pengetahuan Kandungan Pedagogi, guru perlu memahami tiga model perancangan pemprosesan maklumat yang dikenali sebagai Model Addie, Model Hanaffin dan Peck, dan akhir sekali Model Hipermedia.
Terdapat dua teori utama yang sering mendapat tumpuan dalam model reka bentuk pemprosesan maklumat iaitu teori behaviourisme dan juga teori konstruktivisme. Teori behaviourisme mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Model yang mengguna pakai teori behaviourisme ini ialah Model Addie dan Model Hanaffin dan Peck.
Teori konstruktivisme pula melihat pembelajaran sebagai proses mencari makna yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar. Teori ini juga menekankan aspek pengalaman dan persekitaran yang dapat menggalakkan pembelajaran. Salah satu bentuk model pembelajaran yang menyokong teori konstruktivisme ialah Model Hipermedia yang diperkenalkan oleh Spiro (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003).
Model Addie

















Model ADDIE ini mempunyai persamaan dengan model Hanaffin dan Peck. Kedua-dua model memberi penekanan kepada penggunaan jaringan web yang diakses oleh murid-murid sewaktu pembelajaran di bilik darjah. Dalam sesi pembelajaran secara talian langsung ini, guru lebih berperanan sebagai penasihat dengan menyelia dan memastikan murid-murid tidak terpesong daripada tapak-tapak laman yang telah ditentukan.

Guru berperanan untuk menimbulkan rangsangan dengan menggalakkan murid-murid menggunakan potensi yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Dalam hal ini, guru haruslah mempunyai pengetahuan dan kebolehan yang mantap dalam melakukan operasi memindahkan bahan kepada Word, mengedit dan melakukan penambahbaikan kepada hasil yang dikemukakan oleh murid-murid.

Model Hanaffin dan Peck

Fasa 1
Analisis Keperluan

Fasa 2
Reka Bentuk dan Perancangan

Fasa 3
Pembangunan dan Pelaksanaan



Penilaian dan Penyemakan


(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003)

Fasa Analisis
Menentukan kepakaran guru dalam mengendalikan pengajaran berbantukan TMK
Menentukan objektif yang hendak dicapai
Menentukan pengetahuan sedia ada murid-murid dalam mengendalikan komputer, perisian dan internet







Fasa Reka Bentuk dan Perancangan
Menyediakan folder
Menurunmuatkan alamat tapak-tapak yang berkenaan
Menentukan aktiviti
Menentukan latihan, dan juga penilaian pencapaian objektif
Memastikan kaedah penyampaian maklumat semasa di bilik darjah
Menentukan isi kandungan,dan juga sistem penerokaan








Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan
Menyusun folder dan kaedah pautan
Menggunakan enjin pencari
Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
Pengintegrasian KMT/Kecerdasan Pelbagai
Perbincangan dan Pembentangan
Penambahbaikan







Penilaian dan Penyemakan
Menentukan kepraktikalan penggunaan bahan internet
Menentukan pencapaian objektif
Menyemak kesesuaian bahan
Menyemak KMT/KP yang telah dieksploitasi
Merangsang keseronokan belajar








Model ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran berasaskan teknologi multi media dan internet. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perkara-perkara berikut.
Model Hipermedia















α Menetapkan Domain

· Tiga domain iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor
· Menentukan kes-kes yang terbabit di dalam domain
· Mengenal pasti kelemahan pelajar.
· Merancang aktiviti pengajaran sama ada di peringkat pendedahan, pengayaan atau pemulihan yang bersesuaian dengan taksonomi Bloom dan juga KBT


α Menentukan tema dan perspektif

Menetapkan apa yang hendak dicapai selepas sesuatu pengajaran.
Mengolah bahan.
Bahan bersifat autentik bagi membantu pelajar memindahkan maklumat yang diperolehi keluar daripada ruang lingkup pembelajaran.


α Kuasa kawalan

Murid-murid meneroka alam siber berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Guru bertugas sebagai moderator dan juga fasilitator.
Guru turut sama mengambil bahagian.


α Pemetaan laluan

Menyedia dan menyusun alamat-alamat tapak yang perlu dilawati.
Memberikan kata kunci kepada murid-murid untuk digunakan pada kotak pencari seperti Yahoo atau Alta Vista dan mesin pencari serta jaringan perayau yang lain.
Menyelesaikan tugasan.


α Refleksi

Membuat kesimpulan berdasarkan objektif pengajaran.
Menyedarkan murid-murid tentang proses dan aktiviti yang telah mereka lalui berdasarkan domain pembelajaran.


(Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003).

Membina Tapak Pembelajaran
Tapak Pembelajaran dibina dengan menggunakan Power Point. Tapak Pembelajaran mengandungi halaman utama, halaman pembelajaran, dan pautan antara halaman.

Halaman Utama

Butang pautan aktif



Halaman Pembelajaran

Butang Home




Butang Forward, Home


Butang Back, Forward, Home


Kerja Kumpulan:
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4



Butang Back, Home




Kerja Kumpulan:
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4




Kerja Kumpulan:
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4






Ringkasan Penggunaan Butang Mengikut Slaid

Langkah
Lapis 1
Lapis 2
Induksi Set
-
-
Langkah 1 Aktiviti 1
KD, LU

Langkah 1 Aktiviti 2
KD, KB, LU
TK1, TK2, TK3, TK4 Laman Lapis 1
Langkah 1 Aktiviti 3
KB, LU

Langkah 2 Aktiviti 1
KD, LU

Langkah 2 Aktiviti 2
KD, KB, LU
TK1, TK2, TK3, TK4 Laman Lapis 1
Langkah 2 Aktiviti 3
KB, LU

Langkah 3 Aktiviti 1
KD, LU

Langkah 3 Aktiviti 2
KD, KB, LU
TK1, TK2, TK3, TK4 Laman Lapis 1
Langkah 3 Aktiviti 3
KB, LU

Penutup
Home


Langkah Penggunaan Tapak Pembelajaran
· Tentukan objektif pengajaran
· Guru dan murid sama-sama menggunakan tapak pembelajaran.
· Biarkan murid melaksanakan tugas mengikut kumpulan untuk mencapai objektif pengajaran.
· Pautkan bahan pembelajaran murid kepada laman web yang berkaitan.
· Laksanakan pengajaran secara dalam talian dan luar talian.
· Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan mod tutorial, aplikasi, komunikasi, atau penerokaan.
· Guru membuat kesimpulan tentang isi kandungan yang telah murid pelajari.

Membina Pakej Tutorial Pembelajaran
Pakej Tutorial Pembelajaran dibina dengan menggunakan Power Point. Pakej Tutorial Pembelajaran mengandungi halaman montaj, tajuk, pengenalan, contoh penggunaan, aktiviti 1, aktiviti 2, aktiviti 3, penilaian 1, penilaian 2, dan kesimpulan.

Montaj
Bingkai

Butang Aktif: T1, T2, T3, T4


Tajuk



Butang KD,M

Tajuk
Skrin kerja


Tajuk




Dan seterusnya...
Butang KB, KD, M





.








Langkah Penggunaan Pakej Tutorial Pembelajaran
· Tentukan objektif pengajaran
· Minta murid menggunakan Pakej Tutorial Pembelajaran
· Pastikan objektif pembelajaran tercapai melalui penilaian
· Guru membuat kesimpulan.

Penutup
Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Alaf Baharu: Integrasi Pengetahuan Kandungan Pedagogi [Pedagogical Content Knowledge (PCK)] dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Serta Penggunaan Tapak Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah merupakan satu alternatif bagi guru Bahasa Melayu untuk menjadikan pengajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan bermanfaat. Strategi ini yang mengambil kira idea yang dikemukan oleh Schulman, mengutamakan pengetahuan guru dalam mata pelajaran dengan memfokuskan strategi ini sebagai pilihan guru menyampaikan hasil pembelajaran kepada murid-murid.

Pelaksanaan Pengetahuan Kandungan Pedagogi yang diperkenalkan oleh Shulman (1986, 1987, 1992) perlu mengambil kira (i) aspek pemahaman kandungan yang hendak disampaikan, (ii) transformsi isi pengajaran kepada aktivii yang bersesuaian dengan minat murid, (iii) pengajaran guru, (iv) penilaian, (v) refleksi, dan akhirnya (vi) memberikan guru tentang maklumat baru berhubungan dengan strategi yang telah digunakan. Guru perlu membuat justifikasi sama ada hendak mengekalkan strategi yang telah digunakan, melakukan penambahbaikan, atau menggunakan strategi lain yang lebih bersesuaian.

Strategi Tapak Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran bukanlah strategi yang terbaik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kedua-dua strategi ini merupakan alternatif kepada Pengetahuan Kandungan Pedagogi yang boleh digunakan. Kedua-duanya bertujuan untuk membantu murid supaya dapat belajar dengan cara yang terbaik demi untuk mencapai matlamat yang pembelajaran itu sendiri. Kedua-dua strategi ini menghubungkaitkan minat murid dalam penggunaan perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kandungan kurikulum yang hendak disampaikan.

Apa yang dinyatakan dalam kertas skerja ini selaras dengan pendapat Vygotsky yang percaya bahawa manusia seharusnya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling atau persekitaran. Sesuatu aktiviti yang dilakukan seharusnya memberikan makna kepada manusia. Dalam konteks pembelajaran, Vygotsky melihat pembelajaran itu sebagai satu proses aktiviti dan bukannya satu proses yang berlaku secara dalaman semata-mata.

Pengajaran Bahasa Melayu sepatutnya ceria, gembira, dan memberikan manfaat. Semoga apa yang diperkatakan di dalam kertas kerja ini akan dapat membantu guru dalam mencari jalan terbaik merealisasikan kandungan sukatan pelajaran menjadi penghasilan seperti yang diharap-harapkan oleh ibu bapa dan negara. Kecemerlangan pengajaran guru Bahasa Melayu akan mempertingkat martabat bahasa Melayu itu sendiri.































Rujukan:
Internet:
Greta J. Gorsuch (Texas Tech University), David Beglar (Temple University, Osaka, Japan) Teaching Second Language Acquisition Courses: Views from New Faculty. TESL-EJ Vol. 8. No. 1A-2 June 2004
http://www-writing.berkeley.edu:16080/TESL-EJ/ej29/a2.html

Intergrating New Technologies into the Methode of Education (1999-2001) Teachers In- Depth Content Knowledge: Definition & Checklist http://www.intime.uni.edu/model/teacher/teac2.html#Checklist
Teacher Vision (2000-2008) http://www.teachervision.fen.com/curriculum-planning/teaching-methods/48355.html?page=1

Wikipedia: Pedagogical Content Knowledge (Last modified 23 May 2007)
http://www.tpck.org/tpck/index.php?title=Pedagogical_Content_Knowledge_%28PCK%29

Bahan Penerbitan
Angela Chambers, Graham Davies, 2001. ICT and Language Learning: A European Perspective. London: Taylor and Francis
Ball, D. L., & Cohen, D. K. (1996). Reform by the book: What is--or might be--the role of curriculum materials in teacher learning and instructional reform? Educational Researcher, 25(9), 6-8.
Brodkey, J. J. (1986). Learning while teaching. Unpublished doctoral dissertation, Stanford University.
Chen, A. & Ennis, C. (1995). Content knowledge transformation: An examination of relationship between content knowledge and curricula. Teaching & Teacher Education, 11(4), 389-401.
Cochran, K.F., DeRuiter, J.A., & King, R.A. (1993). Pedagogical content knowing: An integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44(4), 263-272.
Collinson, V. (1996). Becoming an Exemplary Teacher: Integrating Professional, Interpersonal, and Intrapersonal Knowledge. Paper prepared for the JUSTEC Annual Conference. Naruto University of Education. Naruto, Japan.
Darling-Hammond, L. (1994, September). Will 21st-century schools really be different? The Education Digest, 60, 4-8.
Davis, Graham Glatthorn, A. A. (1990). Supervisory leadership. New York: Harper Collins.
Grenfell, M. (1998). Training teachers in practice. Clevedon, UK: Multilingual Matters Ltd.
Grimmet, P., & MacKinnon, A. (1992). Craft knowledge and the education of teachers. In G. Grant (Ed.), Review of research in education 18, pp. 59- 74 Washington, DC: AERA.
Johnston, B. & Goettsch, K. (2000). In search of the knowledge base of language teaching: Explanations by experienced teachers. Canadian Modern Language Review, 437-468.
Miller, L., & Silvernail, D. L. (1994). Wells Junior High School: Evolution of a professional development school. In L. Darling-Hammond (Ed.), Professional development schools: Schools for developing a profession (pp.56-80). New York: Teachers College Press.
Naumann, K. (1997a). Student teaching reflection: Real life is the best teacher of book knowledge [On-line].
Naumann, K. (1997b). Student teaching reflection: They look so grown up but they’re not [On-line].
Ornstein, A. C., Thomas, J., & Lasley, I. (2000). Strategies for effective teaching. New York: McGraw-Hill.
Shulman, L. (1992, September-October). Ways of seeing, ways of knowing, ways of teaching, ways of learning about teaching. Journal of Curriculum Studies, 28, 393-396.
Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching.
Shulman, L. (1986). Those Who Understand: Knowledge Growth in Teaching. Educational Researcher. Vol. 15, No. 2. February. Pp. 4-14.
Shulman, L. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review. Vol. 57, No. 1. February. Pp. 1-22.
Shulman, L. (2002). Truth and Consequences: Inquiry and Policy in Research on Teacher Education. Journal of Teacher Education, Vol. 53, No. 3. May/June. Pp. 248-253.

No comments:

Post a Comment